A.VIDEO CARA MENYUKAT ISIPADU CECAIR
B. BAHAN BANTU MENGAJAR DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKAITAN ISIPADU CECAIR TAHUN 2
a.Bahan Bantu Mengajar 1:
b.Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran untuk bahan bantu mengajar 1 bagi murid lemah
Kemahiran :
Mengukur menggunakan unit standard.
Hasil Pembelajaran :
Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.Mengukur isipadu cecair menggunakan unit standard
Bahan Bantu Mengajar :
Baldi, besen, botol, jug, silinder penyukat
Langkah Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan yang dianggotai seramai 4 orang ahli dan lantik seorang ketua kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan 4 bekas yang berbeza
3. Murid dikehendaki menyukat air didalam bekas tersebut menggunakan silinder penyukat.
4. Murid mencatat didalam jadual yang telah diedarkan oleh guru seperti contoh dibawah:
BEKAS | UNIT (milliliter) | UNIT (Liter ) |
Baldi | | |
Besen | | |
Botol | | |
Jug | | |
5. Perkenalkan kepada murid bahawa 1 liter = 1000 mililiter
c.Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran untuk bahan bantu mengajar 1 bagi murid cerdas
Kemahiran :
Mengukur dan menggunakan unit standard.
Hasil Pembelajaran:
Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit tidak standard dan unit standard.
Bahan Bantu Mengajar:
Jug, Baldi, Botol, Besen dan Silinder Penyukat
Langkah Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan
2. Setiap kumpulan diberikan bekas yang berbeza dan mengisi air pada bekas tersebut dan menyatakan kandungan sama ada kurang atau lebih.
3. Kemudian, sukat cecair didalam bekas dalam unit liter dan milliliter menggunakan silinder penyukat
4. Setiap kumpulan mencatat hasil keputusan mereka didalam jadual:
BEKAS | PEMERHATIAN ( kurang atau lebih) | UNIT STANDARD |
Baldi Besen | Air dalam baldi __________ daripada air di dalam besen . | 1.Air didalam baldi mempunyai ______ milliliter air. 2. Air dalam besen mempunyai ______ milliliter air |
Botol Jug | Air di dalam jug __________ daripada air didalam botol | 1.Air didalam jug mempunyai _______liter air 2. Air dalam botol mempunyai ____ air |
5. Kesimpulan, dalam aktiviti murid dapat mengukur menggunakan unit standard dan tidak standard dan membuat persamaan bahawaa 1 liter = 1000 mililiter
d.Bahan Bantu Mengajar 2:
e.Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran untuk bahan bantu mengajar 2 bagi murid lemah
Kemahiran;
Mengukur menggunakan isipadu cecair menggunakan unit standard.
Hasil pembelajaran :
Murid dapat mengukur menggunakan unit tidak standard
Bahan Bantu Mengajar:
Sudu, cawan, gelas, jug, botol
Langkah Aktiviti:
1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli dan lantik seorang pencatat.
2. Setiap kumpulan diberikan sudu, jug, botol, cawan,gelas .
3. Setiap kumpulan perlu mencatat serta mengira bilangan sudu yang digunakan untuk mengisi bekas di dalam jadual yang diberikan.
BEKAS | BILANGAN SUDU |
Jug | |
Cawan | |
Gelas | |
Botol | |
f.Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran untuk bahan bantu mengajar 2 bagi murid cerdas
Kemahiran;
Mengukur menggunakan isipadu cecair menggunakan unit standard.
Hasil pembelajaran :
Murid dapat mengukur menggunakan unit tidak standard
Bahan Bantu Mengajar:
Sudu, cawan, mug, jug, botol
Langkah Aktiviti:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan
2. Lantik seorang ketua.
3. Setiap kumpulan diberikan bekas seperti cawan, jug, gelas, botol
4. Mereka dikehendaki menyukat air dalam bekas tersebut menggunakan cawan dan sudu
5. Murid membandingkan jumlah sukatan dalam setiap bekas tersebut menggunakan sudu dan cawan.
6. Murid mencatat jumlah bilangan tersebut didalam jadual yang disediakan dan jawab beberapa soalan yang diberikan:
BEKAS | BILANGAN SUDU | BILANGAN CAWAN |
Jug | | |
mug | | |
Botol | | |
a. Jumlah air dalam jug bersamaan dengan ________ sudu air dan juga ________ buah cawan
b. Kapasiti air di dalam sebiji mug bersamaan dengan ________ cawan.
c. Sebotol air bersamaan dengan ________ sudu dan ________ cawan.
d. Air didalam jug bersamaan ____________ daripada air di dalam botol